Isnin, 27 Jun 2011

..: Kuala Selangor :..

Sumber daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Kuala Selangor merupakan bandar dan daerah di zon utara negeri Selangor, Malaysia. Daerah Kuala Selangor mempunyai kawasan seluas 117,844 hektar atau 291,193 ekar. Daerah ini terdiri daripada sembilan mukim iaitu Mukim Api-api, Batang Berjuntai, Ijok, Jeram, Kuala Selangor, Pasangan, Tanjung Karang, Ujong Permatang, dan Ulu Tinggi.

Taman Alam Kuala Selangor ialah sebuah hutan simpan dengan keluasan 2.4 kilometer persegi yang terletak di kuala Sungai Selangor. Kawasan ini terkenal dengan kepelbagaian burung, unggas dan paya bakau. Di samping itu, pelawat juga boleh menaiki bot di sungai sambil melihat kelip-kelip yang berterbangan pada waktu malam.
Bukit Melawati yang merupakan bekas kubu tentera British serta Belanda terletak di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lagu dan Irama