Ahad, 25 Disember 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Selamat Tahun Baru 2011

Kepada semua pembaca di blog ini
dan juga kepada semua rakyat SELANGOR
semoga tahun 2012 ini akan
lebih cemerlang dan lebih baik

Isnin, 10 Oktober 2011

Indahnya Selangor Darul Ehsan

Assalamualaikum...
Selangor adalah Negeri yang terletak di Barat Semenanjung Malaysia. Pelbagai budaya dan kesenian dan tempat indah serta bersejarah dapat dilihat dan dilawati

Makanan enak dan lazat sangat istimewa di Selangor kerana ia telah menghimpunkan seluruh masakan citarasa Malaysia. Kepada pembaca dan pelawat saya amat mengalualukan kehadiran anda ke negeri Selangor. Selamat Datang semua....

Isnin, 27 Jun 2011

Pesta Buku Selangor

..: Kuala Selangor :..

Sumber daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Kuala Selangor merupakan bandar dan daerah di zon utara negeri Selangor, Malaysia. Daerah Kuala Selangor mempunyai kawasan seluas 117,844 hektar atau 291,193 ekar. Daerah ini terdiri daripada sembilan mukim iaitu Mukim Api-api, Batang Berjuntai, Ijok, Jeram, Kuala Selangor, Pasangan, Tanjung Karang, Ujong Permatang, dan Ulu Tinggi.

Taman Alam Kuala Selangor ialah sebuah hutan simpan dengan keluasan 2.4 kilometer persegi yang terletak di kuala Sungai Selangor. Kawasan ini terkenal dengan kepelbagaian burung, unggas dan paya bakau. Di samping itu, pelawat juga boleh menaiki bot di sungai sambil melihat kelip-kelip yang berterbangan pada waktu malam.
Bukit Melawati yang merupakan bekas kubu tentera British serta Belanda terletak di sini.

..: Hulu Langat :..

Sumber Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.




Hulu langat mungkin mengambil sempena nama 'langat' yang kemudiannya ditambahkan perkataan "hulu" atau "ulu" kerana terletak di bahagian pedalaman negeri Selangor menjadi Hulu langat. Daerah ini kemungkinan besar terletak dalam jajahan Negeri Sembilan sehinggalah berlaku persepakatan yang membawa kepada penyerahan daerah Lukut kepada Negeri Sembilan yang membawa daerah ini masuk ke dalam wilayah Selangor.


Air terjun Sungai Gabai terletak di Kampung Sungai Lui, mukim Hulu Langat. Air terjun Sungai Gabai ini tidaklah begitu popular berbanding dengan air terjun Sungai Congkak atau air terjun Sungai Tekala. Sebenarnya air terjun Sungai Gabai ada 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas. Kawasan perkelahan agak sempit dan berbatu-batu besar. Setiap pengunjung dikenakan bayaran RM2.00 untuk sebuah kereta dan RM1.00 untuk sebuah motosikal. Sekeping resit diberikan. Ada banyak pondok rehat yang dibina oleh Majlis Daerah Hulu Langat pada tahun 2000. Ada kira-kira 10 buah pondok rehat yang pelbagai saiz dan bentuk. Ada juga surau, bilik persalinan dan tandas awam.



Air Terjun Sg Gabai merupakan sebuah tempat yang sangat mengujakan. Diurus dengan baik oleh pihak pengurusan. Walaupun kawasan agak terhad bagi ruangan berkelah, ia kekal popular sebagai kawasan kunjungan ramai kerana air yang super sejuk dan bersih. Bagi pengunjung yang membawa anak-anak kecil, biasanya cuma berkelah di bahagian kaki air terjun sahaja. Untuk ke atas, perlu menaiki kira-kira 336 anak tangga!!..


Penduduk asal daerah ini adalah terdiri daripada orang Melayu yang kebanyakan adalah orang Minangkabau di samping kehadiran suku etnik melayu lain iaitu suku Jawa, Jambi, Mendailing dan lain-lain. Buktinya kini dapat dilihat berdasarkan pertuturan masyarakat tempatan yang cenderung menggunakan bahasa loghat tersebut. Aktiviti ekonomi utama pada waktu ini adalah pertanian. Semasa zaman penemuan bijih timah di kawasan ini terutama di daerah Cheras, Ampang dan kawasan sekitarnya terutama Kuala Lumpur, wujud perpindahan etnik yang ketara di kawasan ini. Suku Kerinchi(jambi) tiba dengan banyaknya untuk membuat kerja-kerja mengangkut hasil bijih ke Mantinatau Seremban melalui Sungai Ujong untuk di eksport kerana kuala Sungai Langat & kuala Sungai Klangtidak selamat kerana laluan melalui Sungai Klang dan Sungai Langat yg tidak selamat oleh aktiviti perlanunan (tentera laut orang-orang melayu yang serba kekurangan akan merompak kapal-kapal dagang untuk membiayai operasi ketenteraan pemimpin mereka) akibat dari perang saudara di kelang antara Raja Mahadi (Waris yang sepatutnya mentadbir mukim Kelang) & Tengku Kudin (kerabat raja Kedah, yang terkenal sebagai dalang yang bertanggung jawab secara langsung membawa kemasukan residen British dan kongsi gelap cina ke selangor).
Kebanjiran buruh asing warga cina membawa bersama pakatan kongsi-kongsi gelap mereka menyemarakkan lagi perang saudara di kawasan ini terutama di zaman kapitan Yap Ah Loy.

Keindahan Daerah Hulu Langat dicerna oleh ungkapan "kampung di tengah bandar besar". Ini kerana suasana tradisi dan keindahan kampung masih tetap wujud di sini meskipun dihimpit oleh pembangunan yang agak pesat dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kedudukannya yang hampir dengan Persekutuan Putrajaya. Daerah ini mempunyai 7 buah Mukim yang diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara iaitu
Mukim Ampang
Beranang
Cheras
Hulu Langat
Hulu Semenyih
Semenyih
Kajang.


Keluasan Daerah : 82,944 hektar /826 km persegi Bilangan kampung : 72 buah Penduduk Daerah Hulu Langat telah bertambah dengan pesatnya dari setahun ke setahun :- 1980 : 188,370 orang 1990 : 413,900 orang
Bilangan Penduduk Mengikut Kaum
a) Melayu : 39,279 orang
b) Cina : 47,174 orang
c) India : 10,916 orang
d) Lain-lain : 98 orang


Semoga anda semua mendapat informasi yang berguna daripada blog ini... Terima kasih

..: Sabak Bernam :..


Sabak Bernam merupakan sebuah daerah yang terletak di barat laut negeri Selangor, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan negeri Perak di utara dan Sungai Bernam membentuk garis sempadan tersebut. Selain itu, Hulu Selangor terletak di timur, Kuala Selangor di selatan serta Selat Melaka di barat. Bandar utama di sini adalah pekan Sabak, Sungai Besar dan Sekinchan.
Sabak Bernam dikatakan dibuka oleh enam orang yang bersahabat. Dari situlah munculnya nama "sabak bernam' yakni 'sahabat berenam'.
Kegiatan ekonomi kawasan ini bersangkut-paut dengan penanaman padi, kelapa dan kelapa sawit. Sabak Bernam merupakan kawasan penanaman padi yang penting di Selangor, yang tertumpu di sekitar Sungai Besar. Suatu masa dahulu (1970an), terdapat banyak kebun koko diusahakan oleh pekebun kecil di daerah ini.



Bagan Nakhoda Omar ialah sebuah pantai yang terpencil di daerah Sabak Bernam.
Kelong Paradise Waterfront Resort
Muzium Sabak Bernam
Masjid Jin
Ladang Mangga
Lubuk Pusing

Selasa, 21 Jun 2011

..:Sekinchan Jelapang Padi Selangor:..





Merah Kuning Hatiku



Assalamualaikum...
Buat para pembaca blog ini semoga kalian sihat sejahtera disamping tugasan dan kerjaya harian. Pertama kalinya saya amat tertarik dengan Pertandingan Blog Kreatif anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan bersama Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Universiti Industri Selangor.

Ternyata peluang seperti ini amat baik dan berguna kepada para pelajar, penulis blog dan insan kreatif untuk berkarya. Tahniah kerajaan negeri selangor kerana memberikan peluang ini. Tema pertandingan blog kreatif ini ialah
MENUJU NEGERI IDAMAN MAJU SEJAHTERA DAN BERKEBAJIKAN.

Mari kita menyahut cabaran ini. Selamat Berjaya semua

Lagu dan Irama