Isnin, 27 Jun 2011

..: Hulu Langat :..

Sumber Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.




Hulu langat mungkin mengambil sempena nama 'langat' yang kemudiannya ditambahkan perkataan "hulu" atau "ulu" kerana terletak di bahagian pedalaman negeri Selangor menjadi Hulu langat. Daerah ini kemungkinan besar terletak dalam jajahan Negeri Sembilan sehinggalah berlaku persepakatan yang membawa kepada penyerahan daerah Lukut kepada Negeri Sembilan yang membawa daerah ini masuk ke dalam wilayah Selangor.


Air terjun Sungai Gabai terletak di Kampung Sungai Lui, mukim Hulu Langat. Air terjun Sungai Gabai ini tidaklah begitu popular berbanding dengan air terjun Sungai Congkak atau air terjun Sungai Tekala. Sebenarnya air terjun Sungai Gabai ada 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas. Kawasan perkelahan agak sempit dan berbatu-batu besar. Setiap pengunjung dikenakan bayaran RM2.00 untuk sebuah kereta dan RM1.00 untuk sebuah motosikal. Sekeping resit diberikan. Ada banyak pondok rehat yang dibina oleh Majlis Daerah Hulu Langat pada tahun 2000. Ada kira-kira 10 buah pondok rehat yang pelbagai saiz dan bentuk. Ada juga surau, bilik persalinan dan tandas awam.



Air Terjun Sg Gabai merupakan sebuah tempat yang sangat mengujakan. Diurus dengan baik oleh pihak pengurusan. Walaupun kawasan agak terhad bagi ruangan berkelah, ia kekal popular sebagai kawasan kunjungan ramai kerana air yang super sejuk dan bersih. Bagi pengunjung yang membawa anak-anak kecil, biasanya cuma berkelah di bahagian kaki air terjun sahaja. Untuk ke atas, perlu menaiki kira-kira 336 anak tangga!!..


Penduduk asal daerah ini adalah terdiri daripada orang Melayu yang kebanyakan adalah orang Minangkabau di samping kehadiran suku etnik melayu lain iaitu suku Jawa, Jambi, Mendailing dan lain-lain. Buktinya kini dapat dilihat berdasarkan pertuturan masyarakat tempatan yang cenderung menggunakan bahasa loghat tersebut. Aktiviti ekonomi utama pada waktu ini adalah pertanian. Semasa zaman penemuan bijih timah di kawasan ini terutama di daerah Cheras, Ampang dan kawasan sekitarnya terutama Kuala Lumpur, wujud perpindahan etnik yang ketara di kawasan ini. Suku Kerinchi(jambi) tiba dengan banyaknya untuk membuat kerja-kerja mengangkut hasil bijih ke Mantinatau Seremban melalui Sungai Ujong untuk di eksport kerana kuala Sungai Langat & kuala Sungai Klangtidak selamat kerana laluan melalui Sungai Klang dan Sungai Langat yg tidak selamat oleh aktiviti perlanunan (tentera laut orang-orang melayu yang serba kekurangan akan merompak kapal-kapal dagang untuk membiayai operasi ketenteraan pemimpin mereka) akibat dari perang saudara di kelang antara Raja Mahadi (Waris yang sepatutnya mentadbir mukim Kelang) & Tengku Kudin (kerabat raja Kedah, yang terkenal sebagai dalang yang bertanggung jawab secara langsung membawa kemasukan residen British dan kongsi gelap cina ke selangor).
Kebanjiran buruh asing warga cina membawa bersama pakatan kongsi-kongsi gelap mereka menyemarakkan lagi perang saudara di kawasan ini terutama di zaman kapitan Yap Ah Loy.

Keindahan Daerah Hulu Langat dicerna oleh ungkapan "kampung di tengah bandar besar". Ini kerana suasana tradisi dan keindahan kampung masih tetap wujud di sini meskipun dihimpit oleh pembangunan yang agak pesat dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kedudukannya yang hampir dengan Persekutuan Putrajaya. Daerah ini mempunyai 7 buah Mukim yang diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara iaitu
Mukim Ampang
Beranang
Cheras
Hulu Langat
Hulu Semenyih
Semenyih
Kajang.


Keluasan Daerah : 82,944 hektar /826 km persegi Bilangan kampung : 72 buah Penduduk Daerah Hulu Langat telah bertambah dengan pesatnya dari setahun ke setahun :- 1980 : 188,370 orang 1990 : 413,900 orang
Bilangan Penduduk Mengikut Kaum
a) Melayu : 39,279 orang
b) Cina : 47,174 orang
c) India : 10,916 orang
d) Lain-lain : 98 orang


Semoga anda semua mendapat informasi yang berguna daripada blog ini... Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lagu dan Irama