Sabtu, 25 Februari 2012

Selangor VS Kelantan 2:1

Tahniah kepada pasukan selangor kerana telah berjaya menewaskan the red worrior Kelantan dengan jaringan 2:1






Jaringan Cantik penyerang baru Selangor
Semoga kemenangan terus berpanjangan....
VIVA SELANGOR

Selasa, 24 Januari 2012

...:PASUKAN SELANGOR 2012:..

Selangor Lawan Sarawak Seri Lagi



Ternyata perlawana ke 3 bertemu Sarawak mencatatkan keputusan 0:0 yang kurang memuaskan hati seluruh penyokong Selangor. Walau bagaimana pun perlawanan seterusnya akan beroleh kemenangan.

Berikut adalah kedudukan terkini
Pasukan Selangor didalam Liga

Semoga perlawanan seterusnya bertemu T-Tean beroleh kejayaan.
Go Selangor... Go...

Selasa, 10 Januari 2012

SELANGOR seri perlawanan pertama dengan NEGERI SEMBILAN

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kelantan mengorak langkah kanan sekali gus menunaikan hajat besarnya dalam persaingan bola sepak Liga Super 2012 dengan menjinakkan pendatang baru, Lions XII 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura, semalam.

Wira Merah yang terlepas Piala Sultan Ahmad Shah, Sabtu lalu malah ketinggalan dengan jaringan pendahuluan Baihakki Khaizan pada minit ke-33, tetap gagah meraih tiga mata menerusi jaringan penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohammed Ghaddar (45 dan 79).

Sebaliknya momentum kemenangan di Bukit Jalil, tiga hari lalu pula yang gagal diteruskan oleh juara baru Piala Sultan Ahmad Shah dan Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan apabila diikat Selangor 2-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.

Sekalipun penyerang importnya dari Cameroon, Jean-Emmanuel Effa Owona cuba meletakkan tuan rumah di depan dua kali pada minit keempat dan 34, Merah Kuning sempat bangkit mengejar dan mencuri satu mata menerusi Amirulhadi Zainal dan Safiq Rahim pada minit ke-66 dan 73.

Mbele, Dayoub perkuat Gergasi Merah

SELANGOR mengesahkan sudah mendapatkan dua pemain import untuk menghadapi saingan Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M) musim depan. Dalam usaha memantapkan pasukan, jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim menaruh harapan tinggi kehadiran pemain import mampu membantu mengembalikan kegemilangan Merah Kuning. Irfan yang baru menyertai Selangor awal bulan ini mengesahkan kehadiran pemain import dari Congo, Lelo Mbele sebagai penyerang dan Ramez Dayoub dari Lubnan untuk menguatkan benteng pertahanan.

“Kehadiran pemain import sedikit sebanyak mampu membantu pemain lain mempelajari teknik atau kemahiran baru daripada mereka. “Malah, dengan gandingan pemain baru dan lama juga diharapkan dapat menyumbang kejayaan buat Selangor,” katanya. Mengulas mengenai kehadiran pemain import dikhuatiri menjejaskan peluang pemain tempatan, Irfan menegaskan penilaian prestasi pemain adalah sama rata dan yang penting mampu bermain dengan baik. “Saya berharap mereka dapat fokus pada setiap latihan dalam memastikan saingan akan datang tidak disia-siakan begitu sahaja.

Lagu dan Irama